Monday 16 March 2015

..::.. Tips Ke Korea ..::..

Assalamualaikum,

Ok
nak bagi tips kat korang Sangat berguna dengan tips-tips ni. .Jom share sama-sama ..

walaupun x banyak tapi ok la kan dari xde..:) 

1. Masuk ke negara Korea Selatan tidak memerlukan visa. 

2. Travel sendiri (backpacker) lebih jimat berbanding menggunakan travel agent.


3. Tapi kalau dah jadi backpacker kena la pandai-pandai buat research sendiri tempat yang menarik untuk dilawati, hotel atau guest house dan kemudahan pengangkutan.


4. Pengangkutan yang paling mudah adalah subway. Bas pun okay jugak. 


5. Hotel/guest house boleh dibooking online melalui Agoda.com, Booking.com atau laman web hotel tu sendiri. 


6. Buat itinerary iaitu jadual ke mana tempat akan dilawati day by day.


7. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam ++..(Depends) Masa makan dalam flight adalah 2 kali dan beli sendiri  (Air Asia).


8. Waktu di Korea awal sejam dari Malaysia.


9. Tukar siap-siap duit RM ke won di Malaysia. Bawak jugak duit RM cash dalam wallet.

Nak convert duit buat macam ni: contohnya 10,000 won buang 3 kosong kat belakang tu then 10 kat depan tu darab 3. That means 10,000 won = RM30.

10. Imigresen tak strict pasal makanan yang dibawa tak seperti Australia dan New Zealand. Bawalah apa sahaja seperti serunding, nasi impit, meggi, kari ayam, periuk belanga, rice cooker.


11. Masa di imigresen, kastam tak check beg pun tapi kalau pakai jaket kena buka jaket.


12. Suhu Korea mempunyai 4 musim iaitu Musim Sejuk (Winter), Musim Bunga (Spring), Musim Panas (Summer) & Musim Luruh (Autumn)

  • Winter-->    Lewat November ~ awal Mac (0°c ~ -8°c).      
  • Spring -->    Pertengahan  Mac ~ lewat Mei  (5°c ~ 20°c).   
  • Summer--> Bulan Jun ~ September (23°c ~ 27°c).      
  • Autumn-->  Lewat September ~ Pertengahan November  (11°c ~ 19°c).
13. Tempat shopping yang popular ialah Myeongdong, Namdaemun, Dongdaemun dan Insadong.
14. Kedai makanan halal banyak terdapat di Itaewon.
15. Hard Rock Cafe Seoul dekat Jamsil, Gangnam (Lotte Wold Mall) ~~xsempat nak pergi..:'(
16. Full House, Nami Island, Aiins World dan Everland terletak jauh sikit dari bandar Seoul. Masa perjalanan hampir 1 jam. Perlu naik train, bus, ferry, teksi, basikal dan sebagainya.Kena plan masa siap2..nanti ada mst xdpt pegi tmpt lain. 
17. Install application Jihachul daripada android/apple pada smart phone anda supaya mudah untuk study subway route map. Tak perlu internet.
18. Install application arah kiblat jugak sebab kat Korea tak ada petunjuk arah kiblat dan jugak waktu solat di sana. Boleh buat jamak dan qasar.
19. Beli T-Money card di 7 Eleven, GS25, atau Family Mart untuk memudahkan proses menaiki train atau bas. Saya topup 50,000 won/card untuk 6 hari.(RM169)
20. Bawa botol air/Wipes Tissue ketika masuk toilet sebab toilet kat sana tak ada paip dan hose untuk membasuh.
21. Stay di guest house yang dekat dengan subway atau tempat tumpuan pelancong.
22. Dalam subway station ada escalator tapi ada juga yang tak ada dan perlu naik tangga
23. Dalam train atau bas pulak ada signboard yang akan tulis nama station yang akan berhenti dalam English. So, tak perlu risau kalau terlepas station ke apa.
24. Signboard-signboard juga dalam English.
25. Certain-certain warga Korea je yang pandai cakap English. Yang lain kalau kita tanya dia cakap bahasa dia. 
26. Perkataan yang popular ialah "Annyeonghaseyo"- Hello/Hi dan "Kamsahamnida" - Terima Kasih "Eolmaeyo" - Berapa harganya? "Kaka Juseyo" - Boleh bagi diskaun?
27. Kalau lalu di depan kedai kosmetik macam Etude House ke Tony Moly ke Nature Republic ke dia akan bagi free gift macam facial mask tapi kita kena gak masuk dalam kedai dan beli. Erkkk. Macam tak free je.
28. Kalau makan di kedai atau restoran, plain water akan diberi percuma. Jimat duit tak perlu beli air. Hehehe tapi kalau nak air lain boleh je order.
29. Kebanyakan makanan set akan didatangi bersama 3-4 jenis side dishes dan selalunya ada kimchi. Sedap! 
30. International plug adapter perlu ada. Sebab plug di sana lain dari Malaysia. Boleh beli di 7 Eleven kat sana. 
31. Aktifkan phone roaming. Aktifkan kad kredit. Jika ada dan jika perlu.
32. Wifi ada di merata tempat even dalam subway tapi kena bayar bukan free.




Credit : http://inicelotehaku.blogspot.com/

..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..::..


  1.Peta seoul 

Peta Seoul penting untuk merujuk kawasan sekitar dan pelan landasan keretapi bawah tanah. Peta Seoul boleh dibeli di kedai2 buku utama dan boleh didapati secara percuma di pusat informasi pelancongan Seoul.Mcm dekat Hongik University, Myeongdong & Itaewon ada tourist guide di sepanjang jalan..kat sana boleh dapat map and tanya dorang.

  2. Passport 

Pengenalan diri utama ketika berada di luar Malaysia. Jagalah ia seperti menjaga nyawa anda.Penting bila nak masuk Theme mana2 tempat..Especially Everland Theme Park (sebab nak harga Foreigners)   

  3. T - Money Card 

T-money card berfungsi seperti kad Touch n Go di Malaysia. T-Money card boleh digunakan untuk menaiki kenderaan awam seperti subway, bas da teksi. Kad ini boleh dibeli di GS25 dengan harga 2500 Won (RM 8).  

  4. Duit Korea 

Tukar duit awal bagi nak elak harga Tinggi..Kalau kita nak tukar duit RM ke KRW, kita harusla dan wajibla tengok WE SELL..RM 1 bernilai lebih kurang 300 Won. Harga Makanan dan Baju2 murah 10, 000 Won.
 
Credit to : http://myfir2u.blogspot.com/2012/02/tips-melancong-ke-korea-siri-3-apa-yang.html


No comments:

Post a Comment